Saturday, November 22, 2008

cinta Vs CINTA

cinta Kecil itu, adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas,matlamat, dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini.

Tidak keterlaluan jika saya katakan, cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia daripada cinta keliru ini,
kerana sekurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual dan membersihkan akuarium kura-kuranya, sedangkan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali .....juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan antara satu sama lain.


CINTA sebenar itu harus terbit dari emosi dan naluri fitrah manusia.. Namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggung jawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini. Cinta yang ada ' Sense of begin with the end in mind!'

(Petikan dari buku Aku Terima Nikahnya yang ditulis olehSaifulislam.com, mukasurat 32- 33)


No comments: